| Blog: |
| no title%~ |
Topics: |
| santai, religion, politics |
“be, aku Nampak ko buncit je, ko tonggang ke kat Korea?” soal kawanku
“heh, buncit banyak makan, takde kaitan dengan tonggang air kencing setan” jawab aku. Panas gak bila ditanya sebegitu sambil bercampur kehairanan.
Aku pelik kenapa kawan aku bertanyakan sebegitu. Menurutnya, makin ramai teman-temannya kaki minum. Maksud aku budak melayu, beragama Islam. Makin panas telinga aku.
“budak- budak tu budak maktab kau la?” aku menyoal kembali. Dan aku tahu jawapannya dan yang tak boleh diterima akalku ialah bakal guru yang akan mejadi lilin mendidik anak bangsa tapi diri sendiri menjadi bahan bakar api nanti. Maaf kalau terlalu kasar ayat aku malam mini. Sebenarnya dialog ini berlaku 3 bulan lepas, semasa aku pulang ke Malaysia. Tiba-tiba teringat kisah ini kembali sewaktu berbicara hal ini bersama teman sewaktu kelas Mechatronik tadi. Sengaja aku nak coretkan untuk share dengan semua sahabat.
Macamni hendak menjadi cikgu?. Ok, biar aku berterus terang, dan aku tak mahu berselindung. Bakal menjadi pendidik bangsa tapi diri tak terdidik. Aku tahu kedudukan maktab itu terletak di pusat Bandar ibu Negara, senang untuk mendapatkan bekalan tanpa masalah dan banyak soal berbanding di negeri lain aku kira.( aku rasa kamu semua dah boleh agak maktab perguruan apa, bila sebut di KL). Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Nah, patutlah masalah disiplin pelajar makin kemuncak meningkat, selari dengan masalah guru keparat. Jangan terus salahkan ‘dahan’ dan ‘ranting’ yang rosak..tapi carilah puncanya iaitu akarnya yang beracun dan ubatilah, nescaya ia akan subur kembali.
*************************
Maaf, bukan aku maksudkan guru yang ikhlas dan jujur melaksanakan tugas dan ibuku juga seorang guru, tapi sikap bakal pendidik, mutarabbi( tak layak rasanya dipanggil), bakal ustaz tapi Islam berkiblatkan syaitan mahu menjadi contoh. HOI!!!!…sedarlah cepat, kau tidak layak untuk menjadi guru bagi anak-anakku nanti, anak-anak sahabatku, cucuku dan cucu orang lain. Aku mahukan keberkatan kepada generasi aku, anak cucuku nanti.
Terasa sia-sia SILIBUS AGAMA diajar di sekolah tapi hasilnya sampah masyarakat yang berbau wangi. Segak dan kemas tapi najis. Dan kenapa aku mentioned silibus agama? Kerna yang banyak bermasaalah ialah orang Islam dan Melayu. Yang paling banyak menerima subsidi dan suapan halwa manis dari wang rakyat. Dan yang pasti, aku tidak mahu anak-anakku mengucup tangan guru ‘mursyid’ ini.
Kadang-kadang terasa Islam dan Iman itu lebih kuat di Negara yang tidak mengamalkan Islam jikalau berbanding dengan tanah air sendiri. ‘Islam Hadhari, rakyat bistari’ berjaya dihasilkan. Nah rasakan. Itu perasaan yang aku alami. Maaf kalau kamu tidak bersetuju dengan ayat aku ini.

“weh, 1st time aku tonggang, rasa masam gile, pedih gila perut aku, 3 hari takleh nak kawal diri. Mana taknya, 1st drink aku minum tiger beer, biasanya orang minum yang biasa je” dengan hangat ‘dia’ bercerita kepada aku.
“kali ke dua, dah ok..alah bisa tegal biasa” sambungnya lagi.
“alah bisa tegal biasa, esok lusa kau masuk neraka!” aku membalas kembali. Mulut aku terlepas cakap secara automatic. Maaf, bukan urusan aku menetapkan syurga pahala, neraka dan dosa orang lain. Ampunkan aku Ya Allah tapi persoalan di sini, kau bangga minum air kencing? Baik aku minum air sirap lagi sedap aku rasa.
Kawanku hanya diam dan seketika menukar topik yang lain untuk disembangkan. Kesian aku tengok kau, hanyut, bukan bermakna aku tidak lalai tapi langkah kamu terlalu jauh terpesong. Dan aku berjanji aku akan menolong kamu bila aku pulang ke Malaysia nanti. Dan aku sedih dan sedih yang amat.
Kalau di Malaysia umur persaraan wajib adalah pada umur 58 adalah mungkin salah satu faktor utamanya ialah masalah kesihatan yang dialami rakyat Malaysia yang kurang mementingkan aspek kesihatan tetapi di Korea pula adalah masalah mental. Maksud aku bukan gila tapi daya akal menjadi kurang. Tubuh badan orang tua di Korea adalah 10 kali lebih sihat berbanding rayat Malaysia kalau dilihat secara puratanya tapi kerna air kencing syaitan, akal mereka menjadi lemah.
Sudah tua, maka lalutan lebih banyak dari fakta. Kerana arak menghilangkan sekejap akal si peminum dan apabila keadaan ini berterusan selama beberapa tahun, hasilnya..sel2 akal kamu hancur dek larutan air kencing. Aku tidak tahu dari segi kimianya tapi itu adalah fakta yang pernah aku baca di paper Korea baru-baru ini. Tolak ketepi bijak pandai dan professor di Korea dan ini kajian secara menyeluruh di bumi Won ini.
“Barang siapa yang meminum minuman keras, Allah tidak akan menerima sesuatu (kebaikan) daripadanya. Dan jika dia mabuk dari sebab minuman keras itu, tidak akan diterima solatnya selama 40 pagi (hari). Kemudian jika dia bertaubat, lalu kembali semula meminum minuman keras maka berhak Allah memberikannya minuman dari kotoran darah atau nanah neraka jahanam.” (Riwayat Ahmad dan Turmidzi)
Allah berfirman, Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya” dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah - (apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) supaya kamu berfikir. (Al-Baqarah: 219)
.
. ************
Sabtu, November 15 2008 jam 2.30 pagi
Kejadian berlaku: hadapan kisuksa (asrama)
Selepas balik dari GS bersama Umair untuk membeli susu, kami terserempak dengan sekumpulan budak-budak muda, aku rasa mungkin muda setahun dua dari aku sedang mabuk. Salah seorang daripada merka memecahkan cermin kereta yang diparking di kawasan hadapan kilang plastic besebelahan asrama kami. Aku hanya tengok dan Umair bergegas berjalan cepat-cepat sebab tak mahu layan, dan aku pun turut serta.
Tapi tiba-tiba salah seekor dari syaitan tu menghalang aku di tengah jalan. Sambil memaki hamun aku dan menolak-nolak badan aku. Hati aku dah panas sangat-sangat, aku tolak dia balik dan jerit kat dia balik, “Ape hal kau?” ..aku tanya balik die. Dan mamat tu masih tak puas hati lagi. Dan aku pasti dia sendiri tak sedar dengan tindakan dia sebab mabuk dan cara untuk menyedarkannya memberi sebiji penumbuk aku dekat muka dia aku rasa. Dahla badan kecik, halus dan kurus, aku rasa sekali aku hentak konferm pecah kepala mamat tuh. Dahla budak, muda lagi daripada aku. berbuat bising, vandalisme dan nak tunjuk samseng dengan nak pukul aku, dahla aku orang asing kat Korea, bukan aku cuak kat budak tapi aku fikir sebab aku bukan rakyat tempatan, nanti macam-macam masalah timbul.
Aku dah ready kalau ada apa-apa nak jadi, Umair dah berada di depan meninggalkan aku seorang dengan mamat tu, sebab dia tak perasan apa yang berlaku , tapi tak mengapa, Umair terror silat dan aku pun ready juga. Mujurlah salah seekor kawan si mabuk tadi menarik mamat tu dan meminta maaf kepada aku, mungkin sebab tengok orang asing kot?? Aku hanya menggelengkan kepala dan menjawab “tak mengapa, aku ok” padahal hati aku dah menggelegak…dan berfikir akibat…
BAHANA ARAK!
Dan kepada sahabat-sahabat aku terutama perempuan yang selalu keluar malam, tolonglah berhati-hati sebab sekarang Korea tidak seselamat dulu.
dan ini berlaku di hadapan kisuksa….(gelap dan sedikit terpencil..sila hati-hati ya)
Dan persoalan kedua…
Sediakah kamu dengan ‘keberkatan’ dari bakal guru ini?