| Blog: |
| no title%~ |
Topics: |
| santai, religion, politics |
Exam dah habis.mid term dah tamat dan sekarang sedang berehat minda, penat badan boleh lagi ditahan tapi penat otak…huh
Setiap kali selepas solat, doa wajib aku memohon kepadaNya selain rahmati ibubapa dan umat Islam lain serta selawat ialah jangan Kau bebankan aku dengan apa yang tidak aku mampu tanggung dan dipermudahkan segala urusan harian aku. walaupun kadang-kadang terasa semakin kusut dan beban bertambah tapi Dia tahu aku mampu menanggungnya dan Dia tidak akan memudahkan terus urusan aku melainkan memberi peluang kepada aku mencari jalan untuk memudahkannya.
Kita berdoa untuk menjadi kuat dan tuhan tidak akan bagi kita terus kekuatan melainkan peluang untuk kita menjadi kuat samada kita sedar atau tidak atau guna atau tidak peluang itu
Kita berdoa agar menjadi kaya dan Tuhan akan memberi peluang kepada kita, bukannya secara tiba-tiba menjadi kaya. Semuanya usaha kita dengan izinNya.
Kita macam-macam meminta dan percayalah, Allah takkan memberi secara “gedebuk” jatuh depan mata melainkan peluang untuk berusaha mendapatkannya.
Sebenarnya aku tengah blur, jam 4a.m selepas menyiapkan report aku blur dan aku terjumpa gambar ini.

Gambar ini diambil ketika hari terakhir selepas SPM05 selepas paper EST sebelum berangkat pulang ke rumah.dan bila aku tengok balik mamat hujung tu pakai seluar jeans, aku teringat macam-macam kisah kat asrama. Warden merampas jeans, budak bawak lain. Banyak masam manis, pahit tawar. Kesian cikgu penat lelah nak ajar kami jadi budak baik tapi kami masih tidak mengerti dan apabila ditanya oleh seorang cikgu sekolah kepada aku
“kenapa kamu semua nakal eh time sekolah?”
“kami bukannya jahat, kami Cuma mahukan kenangan, nanti nak cerita apa kat anak cucu kalau dah kahwen, atuk pergi sekolah, balik sekolah..kena ada masam manis dia, warna warni baru best nak cerita nanti, ada memori katakan” itu jawapan aku yang tidak berapa matang sebelum berlepas ke Korea Selatan awal 2007.
Oh ya, sebenarnya seluar jeans tidak dibenarkan untuk dipakai di kawasan sekolah. Aku kira semua peraturan sekolah pun sebegitu tapi biasala, dah senior, peraturan senior yang punya, dulu lower form, selalu ditakutkan dengan senior atas dengan hantu tapi 5 tahun berlalu, kami di form 5 hantu pun takut dengan kami sebab kamilah hantunya. Terfikir juga kenapa ya tidak dibenarkan memakai seluar jeans di sekolah? Ape kaitan dengan gejala sosial eh? Sampai sekarang aku tak mampu menghuraikannya secara detail walaupun sudah acap kali mendengar debat pasal ni.
Semua kawan-kawan sekolah lama merantau jauh nampaknya. ade dulu menyampah dengan cikgu sekolah, tapi menceburkan diri dalam bidang keguruan, ada yang merantau jauh dari Malaysia, ada di bidang agama, jurutera, perubatan dan ramai yang aku tak dapat kesan dari selepas SPM exam sehingga kini.
insyaAllah, ketemu nanti.