No_tItLE*% | Gila!! Tak logik!! Mustahil!!( sempena pilihanraya PPMK)

Gila!! Tak logik!! Mustahil!!( sempena pilihanraya PPMK)

AKU PETIK DARI BLOG HISYAM SEMPENA PILIHANRAYA PPMK LUSA 5 NOVEMBER:

sham86:

Gila!! Tak logik!! Mustahil!!

1.   Itulah penyataan biasa yang pernah didengari oleh Wright bersaudara apabila mereka mencadangkan idea bahawa manusia boleh terbang. Orang ramai menentang dengan dalil, “Kalau kenderaan tu lagi berat daripada udara, memang mustahil untuk terbang”.

First flight of the Wright Flyer I, 17 December 1903, Orville piloting, Wilbur running at wingtip. Photo by John T. Daniels of the Kill Devil Hills Life Saving Station, using Orville's tripod-mounted camera
-First flight of the Wright Flyer I, 17 December 1903, Orville piloting, Wilbur running at wingtip. Photo by John T. Daniels of the Kill Devil Hills Life Saving Station, using Orville’s tripod-mounted camera-


2.   “Kita akan menjejakkan kaki ke bulan sebelum dekad ini berakhir!” kata John F. Kennedy. Beliau tidak tahu langsung mengenai roket. Tetapi dengan matlamat akhir yang jelas segala langkah-langkah kecil dan cabaran-cabaran sepanjang perjalanan dapat diatasi dengan mudah sekali.
Still frame from the video transmission of Neil Armstrong stepping onto the surface of the Moon on 20 July 1969. An estimated 500 million people worldwide watched this event live, the largest television audience for a live broadcast at that time.

-Still frame from the video transmission of Neil Armstrong stepping onto the surface of the Moon on 20 July 1969. An estimated 500 million people worldwide watched this event live, the largest television audience for a live broadcast at that time.-


3.   Jadi apa respon anda semua jika saya katakan kita mampu menjadi setaraf bahkan lebih baik daripada graduan-graduan luar negara yang lain terutamanya di UK. Mereka cemerlang dalam akademik, bijak memimpin, mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris mahupun bahasa Malaysia.

Gila!! Tak logik!! Mustahil!! Adakah itu respon anda kepada penyataan saya tadi? Fikir-fikirkanlah. Dah tiba masa untuk kita bersinar. Ia tidak mudah tapi bukan mustahil. Pilihlah pemimpin yang mampu membawa kita ke situ.

Apakah persamaan antara ketiga-tiga penyataan di atas? Ia kedengaran sangat “Gila!! Tak logik!! Mustahil!!” hanya kerana idea itu baru dan masih belum dapat diterima oleh orang ramai. Tapi adakah itu menjadikan ianya salah? Tidak, cuma kurang popular sewaktu idea itu mula-mula dicetuskan. Itu adalah sebahagian daripada anjakan paradigma. Pembuka minda.

Sokong idea dan matlamat dan bukannya pemimpin itu. Kerana idea itu ideal dan membawa kita kearah kebaikan sedangkan pemimpin itu pasti ada salah dan kurangnya.

Jadi marilah kita memilih antara “padang bola” atau “lapangan terbang”. Memang seronok bermain di padang bola dengan kawan-kawan tetapi setelah habis bermain kita masih di situ, di atas tanah. Tetapi jika kita memilih lapangan terbang, pada mulanya sangat bosan dan mencabar tetapi setelah ia siap. Kita dapat terbang bebas.

Mungkin metafora tu terlalu melampau..hehe. Benda yang dramatik baru mendapat perhatian. Benda yang dapat digambarkan dengan mental dengan jelas barulah senang difahami.

Matlamat akhir dan intipati coretan ini ialah pilihlah pemimpin yang menyediakan kita untuk realiti, menyediakan kita untuk alam selepas Korea ini. Alam pekerjaan. Kita kekurangan kemahiran berkomunikasi, tidak reti bergaul dengan orang dewasa yang lain dan tidak mampu memimpin secara berkesan. Tapi saya tak nafikan pentingnya kita enjoy dalam mencapai sesuatu, cuma jangan terlupa matlamat akhir yang lebih penting dan utama.

Selamat berfikir dan mengundi.

Yang mungkin Gila!! Tak logik!! Mustahil!!,
Hishamuddin Mohamad

sham86: Artikel ini ditulis sempena kempen Pilihanraya Pertama Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) yang akan berlangsung pada 8 November 2008 .

Comments (View)
blog comments powered by Disqus
Free Web Counters
Single in Wisconsin