No_tItLE*% | PILIHANRAYA sudah hampir...!!

PILIHANRAYA sudah hampir...!!

Semakin hangat ku rasa pilihanraya kali ini. Calon-calonnya pun hebat-hebat belaka. Dari jawatan Presiden, naib presiden, setiausaha dan bendahari kehormat, semua calonnya tidak perlu diperkenalkan lagi sebab aku rasa semua student Malaysia di Korea dah kenal.

Yup, kepada yang masih kabur apa aku tuliskan ni terutama pembaca di Malaysia, Sabtu ini 8 hb November 2008 akan diadakan Masyuarat Agung Persatuan Pelajar Malaysia-Korea (PPMK) dimana penggubalan ajk lama dan perbentangan hasil akhir tahun akan dijalankan dan AJK-AJK baru sesi depan akan dipilih. Macam pilihanraya umum aku rasa, dan aku rasa lebih meriah jika dibandingkan berbanding tahun lepas walaupun tiada poster tapi media elektronik samada blog, ym, poster elektronik menjadi pilihan untuk menyebarkan propaganda, visi, misi serta prinsip masing-masing. Dan tahniah kepada SPR yang bertungkus-lumus memastikan penamaan calon berjalan lancar dan lebih teratur berbanding sebelumnya dan bakal bertungkus-lumus sekali lagi pada hari pengundian nanti.

Tertarik dengan slogan calon-calon presiden PPMK yang akan bertanding:

“ mengutamakan yang lebih utama”

“membawa revolusi perpaduan, pendidikan dan ketelusan sistem”

2 slogan yang menarik! Slogan pertama, biasa aku mendengarnya tapi aku rasa pelaksanaannya itu adalah kelainan, mungkin jauh berbeza berbanding ‘semangat lama’ punya pemerintahan. Dalam erti kata lain, simple dan sekali tengok memang sudah faham pengertiannya. Jangan yang sudah lapuk, akan menjadi semakin lapuk. Tapi secara jujurnya, aku amat suka dengan moto yang pertama ini.

Dan slogan kedua, memang dinamik dan agak berat, walaupun ade suara-suara bertanyakan maksud sebenar revolusi ini. Sesuai dengan keadaan di Korea itu sendiri, sentiasa dinamik dan aku berharap agar ianya menjadi revolusi, bukannya evolusi yang akan dikontrasikan nanti. Kurang satu huruf tapi pengertian dan maksud yang besar.

Kita akan tunggu penjelasan kedua-dua calon itu nanti sebab aku percaya kedua-dua calon ada kekuatan dan “umpphh” tersendiri.

Kepimpinan adalah satu subjek yang kita semua sangka, kita percaya, bahawa kita tahu dan faham apa maksudnya. Lebih-lebih lagi sebagai orang Melayu-Islam, kita rasa kita intim dengan maksud pemimpin dan kepimpinan kerana para ulama sering mengingatkan kita bahawa sebagai manusia, kita adalah khalifah – wakil — Allah di bumi ini. Yang mana kita fahamkan, bahawa perkataan khalifah itu adalah sinonim bagi pemimpin, langsung dari perspektif Islam kita semua adalah pemimpin yang mengamalkan kepimpinan. Itu sangka kebanyakan dari kita.

Tapi, apakah kepimpinan dari segi konteks sosiologi, atau organisasi? Satu fenomena dan pengaruh? Kuasa dan tender kalau di Korea? Rapat dengan menteri atau pihak kedutaan kalau aku terjermahkan secara ringkas atau macam-macam pengertian bagi macam-macam orang. Aku ada bertanyakan beberapa sahabat aku mengenai hal ini terutama tentang  pilihanraya nanti, dan ada antara jawapan yang aku terima.

“Ala Abe, ni pilihanraya PPMK je pun, bukannya nak mentadbir Negara, takyah ko serius sangat. Mesti modal kau nak tulis blog kan?”

Aku hanya mampu senyum. Jawapan pilihanraya PPMK je…jawapan yang memang bagiku tidak boleh diterima akal benakku. Bermula dari kesempatan kecil, seringkali merupakan permulaan sesuatu yang besar. Bermula dari sekolah dan berturutan sehingga organisasi besar. SALAH…ianya bermula dari rumah, bermula kepimpinan diri lagi. Menjaga komuniti adalah sesusah menjaga diri. Kenapa aku cakap begitu? nanti di waktu lain akan aku huraikan.

Dan tanpa pengaruh, kamu akan gagal. Jika kamu malas membina pengaruh, meningkatkan kualiti diri, dan berhubung dengan manusia pada akal dan hati mereka, maka adalah pemimpin yang paling lemah. Dan orang paling kuat adalah memerintah menggunakan akal dan aksi. Pengaruh melalui sikap dan akhlak. Mereka yang berpengaruh, mereka itulah yang menguasai. Mereka yang berkuasa, belum tentu berjaya mempengaruhi.

“PENGARUH BOLEH DICARI ANDAI KUALITI DIRI DIMILIKI”

.

.

Selamat Mengundi Kepada Semua Ahli PPMK.!!

Comments (View)
blog comments powered by Disqus
Free Web Counters
Single in Wisconsin