No_tItLE*% | tukar dan hijrah~!

tukar dan hijrah~!

Kenapa la perlu bertukar- tukar ahli dalam kumpulan?

Kenapa pula kita disuruh berhijrah?

Dua persoalan yang pada hakikatnya adalah sama, matlamatnya menuju kebaikkan bahkan lebih jauh menuju kecemerlangan.

Analoginya begini, jika hari ini Ezam, Amir dan Hafizh satu kumpulan menyiapkan assignment Ekonomi. Kemudian dalam assignment Mathematics pula, Ezam, Amir dan Hafizh juga akan membuat kerja dalam kumpulan yang sama. Idea, cara kerja dan cara pemerolehan maklumat, kaedah perbincangan dan peranan masing- masing akan menjadi sama.

Maka, kalau kita makan, nak ke kita makan nasi dengan lauk yang sama setiap hari? Ataupun kita memilih nak makan lauk yang berbeza setiap hari?

Inilah satu kaedah bagaimana kita boleh bertukar tukar fikiran, memahami orang lain, melihat cara kerja orang lain dan merapatkan hubungan kita.

Tapi ramai yang memandang negatif idea ini. Saya ambik lagi contoh yang lain, 51 tahun dah merdeka. Setiap kali pilihan raya rakyat mengekalkan kerajaan yang sama. Dasar, kaedah dan strategi yang sama digunakan oleh kerajaan tanpa ada perubahan.

Maka akhirnya pada pilihanraya yang lepas perubahan drastik berlaku. Rakyat sudah jemu dengan pendekatan, kaedah dan strategi yang sama. Maka kini mereka menikmati citarasa yang lain. Inilah perubahan.

Janganlah kita terlalu mudah membuat kesimpulan awal. Ini bukan satu kajian hipotesis. Hipotesis yang negatif datangnya dari pemikiran yang negatif. Kita perlukan pemikiran yang positif.

Pemikiran yang positif disokong oleh keyakinan akan membuakkan keberanian untuk membuat perubahan. Perubahan ini haruslah atas dasar hendak mencapai kecemerlangan maka ianya akan selaras dengan konsep hijrah.

Inilah caranya kita menerapkan nilai - nilai agama dalam kehidupan kita. Tidak usahlah terburu- buru mengemukakan dalil dan nas tapi kita gagal untuk mengkajinya secara mendalam. Huraiannya wajar membawa kebaikkan bukan mengekang sesuatu atau menyukarkan sesuatu.

Hakikatnya idea yang saya kemukakan ini memanglah sukar untuk dilaksanakan kerana kita menyedari masalah utama adalah apakah kita akan serasi membuat tugasan bersama orang lain dan dapatkah kita memahami mereka.

Namun jarang sekali kita bermuhasabah, bila lagi aku nak memahami dia? Bila lagi aku nak mencetuskan keserasian dengan mereka jika sekarang aku masih lagi di tahap ini. Justeru, perubahan memerlukan keberanian. Jika niat kita ikhlas, tiada apa untuk ditakutkan.

Hidupku, matiku dan ibadahku hanya untuk Allah

Berkorban, berhijrah dan berjihad.

.

Nukilah saudaraku  http://saintissosial.blogspot.com/

Hidupku, matiku dan ibadahku hanya untuk Allah

Berkorban, berhijrah dan berjihad.

.

.

.

~itulah yang berlaku di Korea Selatan, semuanya ahli pemikir jurutera, maka hasil pemikiran dan kesannya adalah sama dan kurang berkembang juga berbanding pelajar-pelajar di Negara lain. Di Negara lain umumnya, kepelbagaian course yang wujud, maka hasilnya lahirlah jurutera yang mampu berfikir seperti doctor,menganalisis seperti ahli ekonomi, serba tahu seperti lawyer dan sebagainya. Begitu juga dengan pelajar course lain. Konsep win-win dijadikan teras.

Hasil daripada perkongsian idea dan prinsip setiap ahli pemikir berlainan disiplin wujudnya  keharmonian dan kesepakatan ilmu. Inilah dipanggil jurutera kelas pertama. Dan tak hairanlah graduan Korea atau bakal graduan, ada sedikit perbezaan pemikiran dan budaya jika dibandingkan dengan contoh di atas. Saya rasa hal ini sudah dibincangkan dalam forum UMNO lepas ” ke mana Hala Tuju Graduan Korea Selatan”.

.

~jom, kita kembangkan akal dan pemikiran kita, luaskan pandangan, luaskan minda.

~salamun alaik

~poyos~

Comments (View)
blog comments powered by Disqus
Free Web Counters
Single in Wisconsin