No_tItLE*% | melaka...

melaka…

Melaka bandaraya bersejarah. Sangat bersejarah bagi aku dan semua rakyat Malaysia. Siapa tidak tahu tragedi 1511, sejarah Melaka di tawan portugis akibat cinta seorang gadis MELAYU terhadap dewa putih? Belot terhadap Negara dan khianat terhadap as-sunnah, ad-din semata-mata cintakan dewa putih al-kafirun? Siapa tidak kenal serambi Mekah, tempat pengajaran as-sunnah dan QalamNya dahulu, kini berpindah ke Darul Naim selayaknya ku kira. Siapa juga dapat melupakan Melaka, silih berganti pusat bertukar kerajaan, jatuhnya kerajaan Islam, naiknya kerajaan dewa putih itu, dewa putih ini, askar katik Negara matahari terbit dan lagi. Siapa juga tidak lupa Melaka pada saat ini mencipta satu lagi sejarah dimana sangat prihatin member 758 anugerah dan datuk kepada dewa Hindustan.

“macam lahanat je aku dengar.”

“ bodoh jugak malaun Ali Rustam ngn Khalil Ya’kob ni, dahla si Khalil orang Pahang, dibaginya datuk kepada utara india jauh di sana”

“bley tengok Hindustan free kot kat astro,”

“ ke nak bodek bini uncle ajis? Minat sampai berlaga-laga pipi nun, mazhab Islam Hadhari katakan,”

Itu ayat-ayat biasa aku dengar dan aku rasa kamu semua pun sama.

Alang-alang dah bagi shah rukh khan(srk), sebab promote Malaysia katakan selepas penggambaran filem one two ka for, baik bagi terus (Datuk) Juhi Chawla, (Datuk) Jackie Shroff, (Datuk) Nirmal Pandey, (Datuk) Dilip Joshi, (Datuk) Akash Khurana, (Datuk)Sahila Chadda dan (Datuk) Suresh Chatwal. Dahtu, baik bagi jek dekat pengarah filem Shahsilas K.Nair. alang- alang  juga, baik bagi anugerah kepada pemilih latar, penulis skrip juga. Kenapa hanya Shah Rukh Khan semata-mata?

Satu fakta menarik untuk pembaca, datuk(ayah kepada ayah srk) Shah Rukh Khan dilahirkan di Sungai Udang, Masjid Tanah, Melaka, menetap di sana dan beranak-pinak dan lahirlah Shah Rukh Khan di Hospital Jasin, Melaka tanggal November 1965. Kepada yang baru tahu silakankanlah ambik tahu, dan yang dah tahu betulkan balik fakta anda. Sebab itulah si Ali beria-ria nak bagi dekat srk ni. Maklumat tambahan yang baru aku dapat, si Ali ade bau-bau bacang dengan ayah sepupu belah mak srk sebenarnya.

Satu persoalan menarik untuk dikongsi bersama, siapa tahu berapa banyak keuntungan yang dibawa file one two kejadah ape tu untuk Melaka? Pernah tak diumumkan pelaburan promosi secara percuma dalam bentuk hitam putih? Sedangkan filem itu hampir 7 tahun lamanya di komersialkan, kenapa baru nak bagi anugerah? Semua bukti kena ade hitam putih, jelas terang dan nyata. Dan amat bodoh sekali jika abang Ali memberi hujah daif sebegini kepada rakyat Melaka. Lawak dan lawak yang amat.

Gelekan punggung Juhi Chawla berjaya menarik berbillion pelancong asing ke Malaysia atau berbillion orang India tanah besar ke Malaysia? Atau golongan pati?  Berapa banyak golongan warga asing sedar wujudnya A Famosa Resort di Melaka di sebalik gelekan punggung Juhi? Siapa yang perasan..sila mesej aku. LAWAK..itu sahaja aku mampu cakap.

Setahu akula, cerita one to kejadah tu ceritanya takdela laku sangat ataupun mampu mencapai anugerah world filmfare or cannes film. Kesian pelajar-pelajar Malaysia yang berpeluh bertungkus-lumus menjadi duta ‘kecil’ Malaysia mempromosikan Malaysia ke serata dunia sambil menuntut ilmu. Aku sendiri pernah terlibat dalam mempromosikan Malaysian TRULY ASIA.. di Korea Selatan. Bersengkang mata aku malam sebelum pesta promosi, mencucuk sate, popiah, kuih muih dan macam-macam lagi untuk pameran dan jualan di gerai. Berbuih mulut aku bercerita tentang keindahan Malaysia kepada rakyat Korea, kepada pensyarah-pensyarah aku, rakan- rakan foreigner aku. Aku rasa semua student di luar Negara mengalami keadaan yang sama. Aku rasa aku pun layak  mendapat pangkat datuk atau kawan-kawanku mendapatnya kerna aku kira usaha mereka jauh lagi dari Shah Rukh Khan yang sejujurya tidak langsung ingin niat di hati hendak mempromosikan Malaysia kepada luar. sejujurnya, kami tidak pernah mengungkit inginkan penghargaan kerana kami sayangkan tanah air Malaysia tercinta akan tetapi dimana pertimbangan seorang pemimpin bijaksana? aku kira niat srk adalah Sekadar menyiapkan tuntutan seni beliau dan tidak ada sedetik niat untuk menyerlahkan Malaysia di antarabangsa. Ramai lagi yang seratus kali lebih baik dari kamu srk!

Sudahlah isu ba** tak selesai inikan pula habiskan duit rakyat bagi srk. Kesian Hang Tuah aku kira jika beliau masih hidup memikirkan memanda menterinya sungguh bijaksana. “takkan hilang melayu di dunia”. Ya!..takkan hilang melayu yang ade otak tapi akal jauh lagi terencat dari pesakit mental di dunia. Macammana orang macam si mamanda menteri pernah dilantik menjadi Presiden Dunia Melayu Islam? juga merupakan bekas graduan dari USM dalam bidang Ijazah Ekonomi Pembangunan dan menggunakan sepenuh ilmunya dalam membangunkan negeri Melaka ku kira.  Melaka oh Melaka~!

.

“Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran adalah orang yang lemah -Hamka”

.

Pautan cerita: : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1011&pub=utusan_malaysia&sec=terkini&pg=bt_19.htm&arc=hive

Comments (View)
blog comments powered by Disqus
Free Web Counters
Single in Wisconsin