| Blog: |
| no title%~ |
Topics: |
| santai, religion, politics |
Aku merupakan anak Adam berasal dariNya dan akan pulang kepadaNya nanti. Di turunkan ke bumi melalui ayah dan ibuku tercinta. Dilahirkan di negeri Tok Guru “Darul Naim” dan menetap di jirannya bersama keluarga di negeri Tok Guru “Darul Iman”. Kini berada di Negara Hangeul jiran kepada Negara matahari terbit dan menuntut ilmu di bidang kejuruteraan mekanikal. Membangun bersama Islam menjadi pedoman, bukannya Islam moden “hadhari” yang diwar-warkan kerana pendapatku Islam yang diutus oleh Rasulullah s.a.w sudah lengkap dan 2 panduan utama al-Quran dan hadith sudah ada. Tidak perlu lagi newmake Islam tapi pentingnya newborn Islam. InsyaAllah.
………………………………………………………..
Aku adala dapat beberapa pm (private msg) kepadaku..kenapa aku beria-ria sangat buat cerita ala-ala cerpen..dan earlier pos aku gunakan bahasa ala-ala sastera. Buat relek-relek sudah…katanya. Dan ramai menyalah tafsir isi kandungan blog aku.blog koleksi cerpen. blog syok sendiri…hahaha..Kelakar pun ade bila aku dengar sume ni. aku menulis adalah bukan untuk memberi tahu tapi mencetuskan mahu. Kena faham erti perkataan sebenarnya. Bukan nak copy paste ayat keramat blog “erti hidup pada memberi” tapi hakikatnya begitu. Aku teringat time skolah, moto prs (pembimbing rakan sebaya), motonya membantu menyelesaikan masalah bukannya menyelesaikan masalah rakan. Beza amat ketara walaupun satu patah perkataan jadi temboknya.
Jadi aku nak jadikan salah satu cara aku membantu orang. ur share in my life….InsyaAllah dan satu medium dakwah kalau mampu melalui cerita dan post ini. InsyaAllah kita akan berkongsi ilmu dan pendapat walaupun ilmu aku tersangat cetek, tidak sampai separuh titik ilmuNya.
cuba kita soal pada diri kita, umur sudah meningkat..ape sumbangan kau pada masyarakat? apa usaha kita da buat? ape keputusan terbesar pernah kita lakukan? adakah seperti Sultan Muhammad al Fateh, menakluki constantinaple pada usia sama dengan aku? jauh sekali..Maha Suci Mu…
Kalau kau tafsir secara direct, kau takkan jumpa ape tersirat di sebalik cerita dan post-post aku. walaupun tidak memenuhi standard piawai ‘sastera’ sebetulnya tapi mesej aku kritikan pada politik, social dan ekonomi serta sekaligus medium cetusan. Cuba panjangkan sedikit akal dalam otak kau, lari sedikit dari lencongan keskimaan kau dan pikir mengikut isu semasa dan kau akan dapat cari apa aku ingin sampaikan. InsyaAllah
Ini adalah hak kita kepada Allah, hak aku kepada Nya dan hak kamu kepadaNya. Maka Allah akan menunaikan hakNya kepada kamu.
Dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, bahawa aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangan. Jika tiada upaya, maka ubahlah dengan lisan, dan jika tiada kemampuan, maka ubahlah dengan hati. Demikian itu adalah selemah-lemah Iman” [Hadith riwayat Muslim]
.
.
.
salamun alaik
.
.~poyos~