| Blog: |
| no title%~ |
Topics: |
| santai, religion, politics |
Dia begitu asyik bermain bola di alam maya bersama rakannya sehinggakan sms yang diterimanya tidak dihiraukan seketika. Selepas beberapa ketika, perasaan tidak senang muncul di hatinya dan memaksanya membaca sms tersebut.
“atuk telah kembali ke Rahmatullah” begitulah kandungan sms tersebut. Dia kaget dan terkesima seketika.
Sedih menyelebungi dirinya sedangkan ketika itu ramai rakan- rakannya sedang bergembira menghadiri majlis terbuka di rumah Athir atas tajaan budak-budak cemerlang kolej. Terasa kehibaan yang amat sangat padahal ketika itu kemeriahan aidilfitri masih terasa, baru 10 syawal 1429 hijrah mengikut calendar Islam bersamaan 10 oktober 2008. “ atuk dilanggar oleh van ketika pulang dari menunaikan solat asar di surau”. Innalillahhi wailaihirojiun..hanya itu mampu diucapkannya buat masa sekarang.
Ku kira itu adalah kematian yang indah bagi datuk kesayangan kawanku Ghani, meninggal dunia setelah syahid pulang dari solat berjemaah di surau yang selang hanya 4 rumah dari kediamannya. Lagipun kematian beliau adalah pada hari segala penghulu hari, Jumaat di bulan kemenangan Islam dan satu hadith mengatakan kematian di hari sayyidatul ayyam dapat mengelakkan fitnah kubur. InsyaAllah datukmu juga mendapat kemenangan yang abadi nanti. Amin
.
………………………………………………………………………………………………………………………
.
Setahun sebelum itu…
“ jom pergi norebang( karaoke)” cadang kawanku kepada ku selepas selesai mengadakan majlis bacaan Yasin di rumahku. Aku hanya mengangguk setuju dan bergerak ke Gochok untuk berlaghaan selepas beramal kepadaNya.
Walhal ketika itu masih terngiang-ngiang di telingaku khutbah jumaat pada siangnya yang berbunyi “ di akhir zaman, akan muncullah satu golongan dimana pada siangnya akan mengaku beriman kepada Allah, dan menjadi kafir pada malamnya dan janji Allah itu sangat benar,”
Selepas kepenatan melalak pada malam yang ku kira sial akibat diriku itu, selepas subuhnya aku bertolak pulang ke rumahku di daerim dengan kegirangan. Padahal hatiku langsung tidak tenteram seolah-olah ade perkhabaran buruk berlaku. Dan, nah…ade satu email..
“abe, tok ayah da pergi, sakit tua”..lemah luluh jantungku membacanya.
Aku hanya mampu menangis dan berIstighfar. Terasa satu penyesalan yang amat sangat. Datukku baru meninggal dan dikala nazak dan ayah sakaratulmaut, bapa pemutus segala nikmat, bapa penunjuk jalan antara ke syurga dan neraka, bapa penaklukan antara hawa nafsu dan iman, dan yang mengetahui keadaanmu lebih dari ibu yang membesarkan mu datang, Izrail menjemput tok ayah sedangkan cucu kesayanganmu sedang melakukanlagha selepas taubat. akhirnya intaianmu Izrail 10 kali sehari kepada cucu cicit adam, risikanmu berhasil wahai Izrael.Terngiang kembali kata-kata khatib semalam dan aku dapat rasakan ini cash tuhan bayarkan untukku. Memang kematian adalah kerja Izrael arahanNya tapi saatnya tepat ketika aku melakukan kelaghaan alpa di bumi ciptaan yang Hak.
Sepantas mungkin aku menelefon ibuku dan aku hanya mampu teresak-esak. Dan MasyaAllah, aku bertindak memarahi ibuku kerana lewat menyampaikan perkhabaran. Ampunkan dosaku YA Allah. Ampunkan dosaku ibu.
Aku hanya mampu menangis dan setiap kali selepas bersolat aku sentiasa mendoakan tok ayah kesayanganku. Semoga tok ayah diletakkan bersama golongan yang soleh..amin
Bagaimanapun, aku gembira kerana menurut ibuku, kematian datukku adalah amat senang sekali, selepas solat asar secara rukhsahNya(solat orang sakit), petang Jumaatnya die dikatakan pitam dan akhirnya meninggal. Mayatnya dikatakan berbau haruman wangi dan tersenyum dan begitu senang sekali diuruskan. ALHAMDULILLAH…
Dan percutian summer lepas, membawaku balik menziarahi keluarga dan melawat kuburnya. Di kuburan, aku teresak-esak menangis walaupun tidak elok untuk meratap di kuburan orang. Apakan daya, walaupun aku lelaki, aku tetap terasa hiba walaupun cuba ditahan.
Apakah amal bekalanmu di sana?
Bagaimana keadaanmu disana?
Kamu telah kekal abadi, akan kuturutimu nanti
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)
.
Bismillah hir rah man nir rahim.
Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama
dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata :
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah
benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang
liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepadaMu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamualalmursalin walhamdulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - “Kullu nafsin za iqatul maut”
(terjemahan talqin)
Al-fatihah untuk arwah datuk Ghani dan tok ayah
pautan ke berita arwah atuk gani: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20081011104759/Article/index_html