| Blog: |
| no title%~ |
Topics: |
| santai, religion, politics |
Hikayatnya bermula apabila seorang pemuda sedang menuntut ilmu di dalam bidang mechatronik bersama mahaguru tua yang saksama dengan ilmu mechanical dan elektronik di dytc. Pemuda itu kebingungan kerana tidak memahami ajaran dan mantera yang dituturkan oleh mahaguru tersebut. Hal ini kerana pemuda tersebut menuntut di sebuah negara kayangan yang dipenuhi dengan laksamana-laksamana sepet-sepet sekalian.
“hari ini kita akan memulakan langkah kita dengan perkenalan dengan asas ke 4 iaitu 전자회로(electronic circuit)!” perintah mahuguru tersebut.
“get- get logik mempunyai beberapa karakter,..and or nor..bla2…” sambung mahaguru itu.
Sedangkan di waktu itu pemuda tersebut masih kebngungan dan keliru. Adakah ini bahana akibat persediaan sebelum ini tidak mencukupi? Adakah usaha pemuda ini masih bujuk. Hanya pemuda itu dan tuhanNya sahaja mengetahui. Pemuda itu mengakui pemahaman tentang bahasa asing nya masih belum segagah abang-abang seperguruannya yang menuntut di peringkat yang lebih tinggi dan ada telah kembali ke kayangan untuk berbakti.
Pemuda itu terfikir, bahasa korea untuk rakyat korea. Bahasa melayu untuk bangsa Melayu atau secara tak racistnya bangsa Malaysia. Bahasa cina dicipta untuk bngsa cina. Bahasa parsi adalah bahasa dunia. Ianya merupakan bahasa terawal di dunia. Sebabkan itulah kebanyakkan daripada perkataan english kita lebih menjurus kepada perkataan/bahsa asal parsi. Contohnya “father” untuk ayah sama dengan”fatharo” di parsi. Terlalu banyak dewa-dewa putih menjajah kayangan dan kerajaan lain dan menciplak bahasa pertama teratur di dunia dan mengakui mereka mencipta suatu karya yang agung. Pemuda itu teringat lagi kenapa alphabet a.b.c…bla2…sampai z dan dipanggil arabic words? kembali ke sejarah, di mana Islam telah maju tetapi eropah masih bergelap, dan tamadun dibawa oleh parsi dan negara Islam mengubah sejarah dunia. jadi tidak perlu rasa terlalu kagum dengan eropah sekarang.
Sebenarnya sumber kepada parsi adalah perkataan arab. Kita mulakan dengan penciptaan huruf “A”. tentu sudah dapat diagak dari mana ujudnya perkataan ini, bermula dari huruf ALIF.alif baris atas jadilah aa…alif baris bawah, jadilah eee…alif baris depan jadilah uuu…makan dewa-dewa dan bijaksana putih mengambil perkataan terbaik untuk dijadikan satu sebutan. Terhasillah A. begitu juga dengan perkataan lain seperti “Ta”. Baris ta atas jadi ta, baris bawah jadi ti baris depan jadi tu..maka diambil terbaiknya ti iaitu”T” digunakan sekarang. Begitu juga dengan patah-patah yang lain.
Pemuda itu terfikir lagi, dari mana asalnya wujud bahasa melayu? Miripnya hampir dengan tulisan dewa-dewa putih yang pernah melepak di kerajaan tanah melayu dulu. Bentuknya sangat mirip cumanya beza arti dan sebutanya berbeza. Contohnya amat ketara jikalau diberi sebutan “air”. Bahasa dewa putih dan dewa coklat di nusantara serta ertinya mempunya beza amat ketara. Sungguh kagum kerana indahnya suatu karekter lukisan mampu dibunyikan. Di korea disebut hangeul, di china ade karekternya, jepun, rusia dan merata lagi. Dan lagi menarik, rakyat-rakyat korea mengetahui siapa pencipta hangel, 1400 tahun dahulu oleh raja Sejong.Cumanya bahasa melayu masih dapat dijejaki usulnya dengan tepat.
Tetapi yang masih membenakkan akalnya kenapa dewa-dewa coklat nusantara mengagung-agungkan karya tulisan dewa-dewa putih lebih dari asal usul karya sendiri. Adakah kerna gaya pemikiran bijaksana yang bongek akalnya dari kerajaan langit dewa coklat nusantara membendung bahasa asal diganti dengan persembahan dewa-dewa putih.
Gara-gara tidak faham akan ajaran mahaguru, maka membazirlah seharian ilmu pengajiannya ketika itu akibat mengelamun akan bahasa..~~blur~
~poyos~
suber rujukan : http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm
http://test.chedet.com/che_det/2008/08/mengajar-sains-dan-matematik-d.html
http://www.djz.edu.my/resource/math/PDF/speech_070708_09.pdf (pdf format)