| Blog: |
| no title%~ |
Topics: |
| santai, religion, politics |

.
.
.
“bro„mintak biskut sket..?”
“atip…mntak sket… bley tak!!~” pintaku lagi dengan meninggikan sedikit suara. kalau aku gunakan nada semacam ini dengan nizam..hahaha..tentu die akan fikir aku da naik darah.
atip masih memekakkan telinga dan diam seribu bahasa. “atip..knapa…” belum sempat aku menghabiskan ayat aku, secara tiba-tiba die berdiri,” woi mat, ko apehal nak pow akunye barang??~makanan aku, aku punya..kau punya..kau punyala…~!!” atip membentak secara tiba-tiba. aku terdiam buntu, bingung..
terkesima dek atip…..
sepi….sunyi……bunyi kipas di bilikku memecahkan kebuntuanku.
…………………………………………………………………………………………………………………………
.
.
.
actually, aku tak pernah pun mengalami camni dengan atip…hehehehe!. jangan salah faham. Imaginasi penulis semata-mata. sorry rumate, gunakan watak kau permulaan tarian hari ini. sebenarnya aku tengah makan biskut raya dari mesia sambil teringat kenangan raya mnggu lepas. macam tak raya. malam sebelum raya, aku, umair dan amar bertungkus lumus membuat roti jala untk jemaah solat raya kat dytc esok paginya. Paginya semayang raya kat kolej, pas2 kena pergi kelas. alih-alih dengan kemanisan kata-kataku, aku ayat lecterur kate nak cuti sebab ari raya special bagi aku dan umat ISLAM. special tapi aku pegi yongsan ngn umair tukar monitor dan hard disk baru.Aku suke service center korea ni, cepat dan puas hati.5 bintang aku bagi.kalau kat malaysia maunye kena maki dulu ngan orang service center tu.karenah birokrasi. Samsung nyer barang memang best dan die punye perkhidmatan kat service center memng masyuk.mana tidakya, siap ade disediakan sofa urut badan dan kaki, mesin kopi free, komputer untuk digunakan kalau bosan menunggu dan paling penting ketepatan masanya memng perfect.janji 40 minit siap service, 20 minit da setel da..kagum.
so, kalau nak selamat belilah barangan yang dikeluarkan di negara tu sendiri, sebabnya senang nak service. Yang masalahnya monitor aku, jenama Avazen, website da takde dan service center die kat Inchoen, sejam lebih dari Seoul..jauh bro. tula, nak sangat pakai barang branded dari usa, nak service susah..adei.mujurla kedai tempat aku beli monitor bley tukar sume tu.
sebelum memulakan langkah ke Yongsan, aku menemani kawanku bertemu kakak die kat iteawon.tibai dulu makanan kat halal foreign restoran tu. setelah penat pusing-pusing menghabiskan sisa-sisa 1 syawal , balik rumah aku terus tido smpai dekat maghrib.
itulah seharian hidupku di pagi raya yang syahdu. tiada saudara mara, tapi kawan-kawan kat sinilah pengganti segalanya dan ubat kerinduan pada family hanyalah melalui panggilan telefon.
selamat ari raya walaupun da lebih seminggu da..hehehhe
maaf kalau ade tersilap percaturan sebelum ini. Sesungguhnya aku manusia, pelakon cerita di pementasan alam ciptaaNya.
~poyos~