No_tItLE*%

(Video dengan translate) Gambar di atas menunjukkan bagaimana Erdogan meninggalkan forum secara tiba-tiba.

Dalam suatu forum ekonomi yang dianjurkan oleh World Economic Forum di Davos, sesuatu yang memeranjatkan telah berlaku. Buat pertama kalinya, dunia melihat kuasa besar Islam iaitu Perdana Menteri Turki naik berang ketika cuba menghabiskan hujahnya.

Semasa berhujah, Recep Tayyip Erdogan telah membahaskan akan isu Palestin dan kebiadaban pentadbiran Israel terhadap masyarakat Islam Palestin. Beliau amat emosional ketika menyampaikan hujah-hujahnya sehingga membuatkan pengerusi forum iaitu David Ignatius (wartawan Washington Pos) cuba menghentikan percakapan Erdogan.

Tindakan Ignatius yang cuba memotong cakap Erdogan hanya membuatkan PM Turki itu lebih naik angin, lantas Erdogan mengambil tindakan meninggalkan forum tersebut. Tindakannya mendapat tepukan gemuruh hadirin yang hadir pada forum tersebut.

Erdogan memang benar-benar marah sehingga beliau mengatakan kepada Perdana Menteri Israel, Simon Peres yang berada di sebelahnya dengan kata, “You’re killing people!!”

Sebelum itu juga, berlaku perbalahan perang mulut antara kedua-dua Perdana Menteri tersebut. Nada suara mereka juga meninggi antara satu sama lain dan situasi menjadi begitu emosi dan kontroversi.

Kesan dari tindakan kontroversi Erdogan itu, masyarakat Palestin telah mengadakan perarakan besar-besaran di Gaza kelmarin (Jumaat) sambil melaungkan nama Erdogan. Mereka juga membawa sepanduk gambar PM Turki itu sebagai tanda sokongan padu.

Forum tersebut telah berlangsung pada hari Khamis, 29 Januari 2009. Antara ahli panel yang terlibat ialah Recep Tayyip Erdogan (PM Turki), Simon Peres (PM Israel), Ban Kin Moon (Setiausaha Agong PBB) dan Amri Mussa (Setiausaha Agong Liga Arab).

Turut hadir pada forum tersebut ialah Penasihat Kanan Presiden Amerika, Barrack Obama iaitu Vallarie Jarret dan Kjell Magne Bondevik (Bekas Perdana Menteri Norway).

Comments (View)

undang2 bodoh di malaysia

KUALA LUMPUR: Seramai 242 pemandu kereta disaman apabila penumpang mereka tidak memakai tali pinggang keledar belakang di seluruh negara mulai tengah malam tadi.

Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Salim Parlan, berkata jumlah saman dikeluarkan itu menunjukkan masih ada pemandu dan penumpang kenderaan yang tidak peka dengan amaran dan kempen dilancarkan sebelum ini.

baca seterusnya

.

.

p/s: malaysia ni kekurangan orang pandai2 ke? atau terlebih ramai orang bodoh? sori agak kasar tapi bende ni tersangat bodoh bagi aku. malas nak merepek panjang sebab semua orang akan bagi point yang sama..

(berada di luar seoul selama sebulan, cannot hupdate)

Comments (View)

bukak lagi

dipetik dari mana tah..

.

.

Dulu kalau kita tak hilang akal, pasti kita ingat bagaimana kecohnya bila seorang artis lelaki ni bukak baju. Ada logo Superman lagi. Kakakak …

Masa tu rakyat Malaysia bertelagah. Ada yang sokong, ada yang tidak dan ada yang buat buat tak nampak serta ada yang tak kesah .. ” Ahhh .. ok la sikit je. Masih tutup aurat.” Tak pernah jumpa la katakan.

Bila kita kata bodoh .. ramai yang marah. Tapi bila dah berlarutan. Semua dah tak ambil hal kerana ini dah biasa. Mula mula je kecoh. Artis artis kat radio semua backing artis ni. Kesian la, tak per la… alahai geli pulak telinga dengar. Dah lama lama, orang boleh terima.

Sama lah yang berlaku pada adegan cium. Mula mula marah, lepas tu ok la. Kemudian tu ….lupa. Dalam tempoh 3 tahun dari hari ni, cium jadi perkara biasa. Tak caya korang tengok la.

Contoh lain adalah kes video lucah. Mula mula tu wowoowowo … garang. Lepas tu …ok la .. kemudian tu, biasa la ….last sekali .. bila lagi? Nak tengok lagi? Apesal tak cium?

Kita kembali ke tajuk asal … Artis buka baju, sapa bodoh? Kakakakakak melalut lak.

Baru baru ni Radhi OAG pulak buka baju. Ada yang cuba nak kecoh, tapi tak der orang hairan lagi … Tahun depan. Buka la …. buka la … buka la.

pakai songkok tapi bukak baju..bodoh…nilah rock the world 8…huhuhu



Sebenarnya kerajaan kita yang bertanggung jawab dalam hiburan. kepala otak diorang ni tolol. Dah la tak pandai agama, berlagak pandai. Bila kita kata dia bodoh agama, weyyy dia marah. Tapi tengok undang undang tak berubah. Tak der perubahan dan tak kesah apa nak jadi.

Kita sekarang tunggu masa je nak hancur. Kalau diorang tak ubah, kita tak kesah. Semuanya cuma tunggu ketika, malapetaka tiba, kite terima habuan.

Comments (View)

malu…

ini aku petik dari blog ibn mustafa dari blog tomatosyakiera

untuk renungan..

.

.

Hati saya tidak senang. Saya membuka beberapa friendster para sahabat untuk melihat perkhabaran sahabat-sahabat yang merantau jauh dari tanah air. Cumanya ada beberapa friendster yang membuatkan muka saya ketat lagi kelat. Ketat kerana melihat gambar-gambar mereka yang suka-suka ditayang-tayang tanpa rasa malu atau bersalah. Saya tidaklah kisah sangat andai yang membuat tayangan itu mereka yang tidak bertudung. Mungkin belum terlintas di fikiran mereka bahawa gambar seorang wanita itu terlalulah peribadi untuk ditonton umum. Apatahlagi kalau orang boleh ‘grab’ tanpa izin.

Saya menjadi kesal dan terlalu ghirah kerana ia turut mendapat sambutan wanita bertudung litup dan lebih-lebih saya kesalkan mereka yang berniqab juga turut berjinak-jinak dalam kegiatan ini. Tujuan saya menulis entri tentang ini bukan kerana ingin memalukan mereka, tetapi saya sungguh-sungguh mahu memberi kesedaran kepada mereka, (jika bukan kalian yang terlibat, berpesan-pesanlah kepada ‘golongan’ ini.) tentang rasional dan logiknya menayang gambar sendiri di website atau di internet.

Pertama, tolong tanya hati, waktu anda dengan semangatnya mencari-cari gambar sendiri dengan pose yang menggiurkan, atau pose yang memfokuskan pada bahagian muka atau mata( bagi yang berniqab) untuk diletakkan di internet, untuk apa semua itu anda lakukan? Saya pasti jawapan hanya satu. Tentunya anda mahu dilihat orang. Inilah diri anda. Yang lebih bahaya lagi, anda pasti suka dikomentar :

“ comelnya awak”

“ geramnye..cantik”

“ aduhai, lawanya mata”

Setelah dikomentar begini hati berbunga-bunga riang. Kalau boleh dilihat bentuk hati, pasti sudah mengembang macam belon. Bagi kalian yang wanita, uhh, jangan dinafikan persaan ini. Saya juga wanita seperti anda. Siapa yang tidak suka dipuji? Rasa terlambung-lambung di awan bukan? Tapi awas, jika ini adalah tujuannya, ia melambangkan satu pemikiran mentah dan kurang matang anak-anak remaja yang baru hendak kenal dunia. Sedangkan umur kalian sudah di paras dewasa, bahkan dengan nilai agama yang ada, sepatutnya sudah cukup membentuk rasa malu dalam diri. Biar hanya malu untuk sekeping gambar.

Kedua, tolong tanya hati, di mana nilai diri anda? Kenapa begitu mudah menyepahkan gambar di internet untuk tatapan mata-mata yang tidak selayaknya melihat anda? Bagi yang berniqab,( maaf kerana hati saya jadi berang melihat kalian suka-suka hati pose dengan niqab yang dipakai dan difokuskan bahagian mata dengan pandangan yang menggoda), untuk apa kalian menutup muka jika asalnya ingin mengelakkan fitnah, tetapi akhirnya sampai jadi begini. Bukan setakat memberi fitnah pada diri sendiri, bahkan telah memburukkan imej wanita lain yang berniqab yang tidak terlibat dengan kegiatan kalian. Astaghfirullah. Maafkan saya jika ingin saya katakan, jika kalian masih terus begini, dipersilakan untuk tanggalkan niqab kerana fungsi niqab telah terhapus sepenuhnya!

Wanita Muslimah…Diri anda, telah Allah muliakan dan sucikan bahkan diberi darjat yang tinggi dalam Islam. Tetapi apa yang kalian telah lakukan? Memurahkan diri untuk berkongsi diri dengan mereka yang bukan muhrim walau hanya dengan gambar. Jujurnya, saya merasa ‘pelik’ dan terpaksa saya beristighfar apabila melihat gambar-gambar kalian kerana rasa ‘jelek’ telah mengotorkan hati. Tetapi apa saya boleh buat, kalian telah menjemput saya untuk berasa demikian. Logiknya memang begitu. Saya memohon, hadirkanlah walau sekelumit rasa malu untuk hal ini. Jika hati belum terasa apa-apa, timbangkanlah dengan logik, apakah harga diri yang telah kalian letakkan? Itu sahaja.

Akhir, maafkan saya. Seribu maaf andai teguran ini agak keterlaluan. Apa yang saya harapkan ada jiwa yang masih lembut untuk menilai inti tulisan saya kali ini. Wanita muslimah, saya merayu sekali lagi, sayangilah diri, cintailah diri, jangan dibiarkan diri kita menjadi bahan untuk dimaksiatkan. Lindungilah diri, jagalah diri. Diri kalian adalah milik diri sepenuhnya dan nanti akan menjadi hak seorang suami apabila disempurnakan akad. Segala kecantikan itu biarlah dijaga untuk lelaki yang nanti bergelar suami. Yang berhak segalanya atas diri kalian.

Comments (View)
Comments (View)

Port arak untuk remaja Islam

lama tak hupdate..sibuk dengan report dan final exam..insyaAllah waktu terluang selepas exam dimanfaatkan..

ALOR STAR - Di sebalik usaha kerajaan negeri yang cuba menyekat kegiatan meruntuhkan akhlak remaja, sebenarnya terpampang sebuah pusat hiburan di sini yang dijadi port anak-anak muda melepaskan ketagihan arak.

Bukan setakat meminum arak malah premis yang dibuka bermula pukul 9 malam hingga 3 pagi itu juga dipercayai dijadikan lokasi pasangan kekasih bermadu asmara setelah khayal dengan arak dan dadah yang dibawa.

Tinjauan Kosmo! di pusat hiburan tersebut mendapati hampir 75 peratus pelanggan pusat hiburan bertemakan R&B (Rock & Blues) itu adalah ramaja Islam dan terdapat daripada mereka adalah pelanggan bawah umur.

Yang paling sedihnya pula, selepas khayal dengan arak, segelintir anak muda di situ akan mencetuskan pergaduhan kerana ingin merebut perempuan.

Bekas pengunjung tetap pusat hiburan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Farukh, 25, mendakwa, premis itu adalah tumpuan golongan anak muda melepaskan ketagihan arak secara terbuka tanpa perlu takut memandangkan pusat hiburan itu didakwa ‘kebal’ daripada diserbu oleh Jabatan Agama Islam Kedah dan polis.

Menurutnya, setiap hari Rabu dan Jumaat, premis itu akan dipenuhi kira-kira 100 remaja Islam dan setiap dari mereka akan dikenakan bayaran sebanyak RM30 untuk menerima sebotol arak.

link berita: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Comments (View)
Comments (View)

insyaallah…

  • Wahai Ali, ada TIGA PERKARA JANGAN DITUNDA-TUNDA; apabila SOLAT telah tiba waktunya, jenazah apabila telah siap penguburannya, dan perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya.” (HR Ahmad)

.

  • “Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi.” (HR Tarmidzi dan Ahmad)
Comments (View)

“Sesiapa yang menjadikan akhirat tujuan utamanya, maka Allah akan jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah memudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan keadaan hina. Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai tujuan utamanya, maka Allah akan meletakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah akan cerai-beraikan urusannya, dan dunia datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya.”

(Hadith Hassan riwayat Tirmidzi)
Comments (View)

sajak sakaratul maut

Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaa!
Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaa!
Sakaratul maut.. maut.. maut.. maut.. maut..!

Di hari itu seorang OB rebah di kamar mandi
Diserang lemah jantungnya
Yang menggugat nyawanya
Tengah malam
Pulang dari sebuah hotel di kl
Bersama puan mudanya
Bersama mulut dan lidahnya
Yang dinajisi alkohol
Dan banglonya di atas bukit

Tuan muda menelofon doktor peribadi OB
Dan doktor berkejaran bersama beg perubatannya
Dan sebatang jarum injeksen
Dibenamkan ke urat OB

Dan berombak-ombaklah nafasnya
Bergelombang dadanya
Dilambung nazak
Hempas-menghempas

Tujuh hari tujuh malam
OB bergeletekkan
Golek gelentang di pembaringan
Dan suluruh dunia dan isinya berkumpul di dalam kepalanya

Bangloku, mercedesku, wangku dalam bank Bumi
Saham-sahamku di syarikat-syarikat
Rumah-rumah sewaku
Pengarah-pengarah
Kuda-kudaku di padang gombak
Padang golfku
Anak-anakku di luar negeri
Dan isteri mudaku

Nazak hempas-menghempas
Pulas-memulas
Dan pintal-memintal

Makan? Geleng kepala
Minum? Geleng kepala
Arak? Geleng kepala
Isteri muda? Geleng kepala
Mau ke padang lumba kuda? Geleng kepala
Mau pergi ke genting highland? Geleng kepala
Melancong ke eropah? Geleng kepala
Ke mekah naik haji? Geleng kepala

Apa yang kau mahu?!

Oh tuhan..
Panjangkan umurku..

Panjang umur?
Berapa tahun engkau mahu?
100 tahun? Cukup?
Ya 100 tahun

63 tahun tidak cukup?
Tak puas hidup?
Tidak kenyang makan maksiat
Belum bosan mengumpul dosa
Kau mahu panjang umur lagi

Sedetik lagi sakaratul maut datang
Sedetik lagi Izrail datang
Sedetik lagi malaikatul maut datang
Kau diambang sakaratul maut
Kau nazak sekarang wahai OB

Aku makin tegang
Dan makin sendat nafas di dada
Kedinginan mulai memanjang
Dan merayap kaki
Perlahan-lahan menjalar ke seluruh jasad dan.. tubuhku

Aku dilambung resah, gelisah, keluh kesah
Keluhan dan rintihan..

Panas!!!!!!! !!
Dahaga!!!!!! !
Haus!!!!
Panassss!!!! !!!!

Air 7 lautan mau diteguk
Sebesar 7 dunia kelaparan merobek usus-usus
Syaitan-syaitan datang berbondong-bondong
Menginjak-injak aku
Menggudah aku
Mau memurtadkan aku

Nenekku datang.. nenek!

Kau dahaga cucu?
Kau lapar cucu?
Mau air?
Ini bijana penuh air madu
Kalau cucu mau masuk syurga
Minum air ini

Ibu!!!!!!!!! !

Ibuku menggoyangkan buah susunya
Ini ibumu
Air susu ini membesarkan kau Nak
Buangkan Islam
Matilah dalam agama yahudi

Ayah!!!!!!!! !!!!

Kau datang ayah?
Matilah dalam agama yahudi wahai anakku
Matilah dalam agama kristian
Itulah agama yang membawa kau masuk ke syurga katanya

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa k!

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaak!

Rumahku
Mercedesku
Wangku dalam bank
Saham-sahamku
Kuda-kudaku
Kolam mandiku
Padang golfku
Isteri-isteriku
Dan duniaku!

Sakaratul maut pun datang
Pak lebai dari rumah setinggan
Dipanggil oleh pemandu dengan mercedes
Dan memanjat bukit ke bangloku di puncak desir angin
Tapi lidahku telah kelu
Dan sakaratul maut kian detik tiba

Manusia-manusia berjubah hitam datang
Mari ikut kami!

Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa payung hijau
Katanya..
Mari ikut kami!

Cahaya putih datang
Datang sinar kuning
Datang kiratan hitam
Cahaya merah datang

Apa ini?!
Apa ini?!

Aku sakaaaaaratul mauuuuuuuuuuuuuuuuu uuuuut!

Kedinginan menjalar merayap perlahan-lahan
Dari hujung kaki ke hujung rambut
Dan kini seluruh jasadku diseliputi sejuk
Dan dingin singgah ditengkorokkan

Kemudian datanglah malaikatul maut di hujung kepalaku

Hai!!! Jiwa yang keji!
Keluarlah kepada kemurkaan Allah!

Rohku berselerak ke seluruh tubuhku
lalu..

Inna lillahi wainna ilaihi rajiuuuuunn

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
Dan menghemburlah bau bangkai sebusuk-busuknya

Tuliskan! Suratannya dalam sektor pada bumi yang terbawah

Roh aku dicampakkan
Dikembalikan ke dalam jasad
Lalu datang dua orang malaikat
Dan didudukinya aku

Siapa Tuhanmu!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!! !

Apa engkau mahu?!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!!

Siapa lelaki ini yang diutus kepadamu?!
Ah ah ah aku tidak tahu!!!!!!!!

Datanglah kepadaku seorang lelaki yang hodoh wajahnya
Buruk pakaiannya
Busuk baunya

Siapa engkau?

Akulah amalanmu yang kejiiii…

Kini aku diazab dan disiksa di dalam kubur
Menunggu..
Menunggu doa anak yang soleh

Mana doa anakku seorang peguam?
Mana doa anakku seorang doktor?
Mana doa anakku seorang jurutera?
Mana doa anakku seorang arkitek?
Manaaaa doa anakku seorang profesor?

Manaaaa?!
Manaaaaaaaaaaaa? !
Manaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaa? !

Comments (View)
Free Web Counters
Single in Wisconsin